SEJARAH PENUBUHAN PAK LURAH BISTRO









Pak Lurah Bistro [PLB] mula beroperasi pada Ogos 2014. "Pak Lurah" bermaksud Ketua kampung dan diambil bersempena dengan nama gelaran kepada [Allahyarham Hj Abdul Rashid Bin Hj Sumadi @ Naib Bahrin] bapa pemilik bistro ini. 

PLB membawa konsep tersendiri di mana PLB mengetengahkan konsep "Bistro" yang bermaksud Restoren kecil. Masih mengekalkan suasana kampung, 


PLB mula beroperasi pada pukul 9:00 pagi - 5:00 petang, setiap hari Ahad hingga Jumaat.

Memilih menu berasaskan kambing yang diolah mengikut citarasa semua golongan. Resepi dari dapur PLB 100% dari olahan pemilik & suaminya. Bersesuaian dengan selera kita orang Malaysia khususnya & masyarakat luar umumnya.

Setahun selepas pembukaan PLB, alhamdulillah, nama kami mula meniti dibibir setiap pelanggan yang pernah singgah ke mari.Bermula detik 09 September 2016, kami dikunjungi produksi JJCM TV3 kami terpilih dan melepasi kritiria yang diperlukan oleh produksi tersebut. . Bistro Nama Pak Lurah Bistro makin dikenali seluruh Malaysia khususnya.



Rancangan Jalan - Jalan Cari Makan TV3 (JJCM TV3)
Siaran 09112016

Hasil kerjasama daripada keluarga Pak Lurah Bistro, warong pinggir pekan ini semakin kukuh namanya di kawasan sekitar dan seluruh Malaysia.











Apa yang menarik di PLB?
MENU MAKAN TENGAHARI SECARA PERCUMA  setiap JUMAAT minggu 1 & ke 3 dia adakan di PLB, manakala minggu ke 2 & ke 4 berlokasi di suraus sekitar PLB











Comments