KENDU | BUNTEL
Makanan tradisi yang kian lama dilupakan. Tiada lagi anak muda yang sudi mengangkat makanan tradisi ini. Mereka lebih meminati makan moden yg di bawa masuk dari luar.
Di kesempatan ini, PLB mengambil inisiatif untuk menghidupkan dan mengangkat segala macam makanan tradisi masyarakat Jawa di Johor. salah satunya adalah KENDU | BUNTEL. Kelapa muda yang dimasak bersama herba- herba dan makanan laut ini sangat sesuai dijadikan juadah kita. Yang pastinya aroma kelapa muda yang dikukus bersama di dalam daun keladi muda pada asalnya sangat dirindui kami generasi muda.
Buntel ini biasanya enak dimakan bersama nasi panas. Penuh khasiat kerana ada pelbagai jenis herba dan udang atau makanan laut.
PLB akan ada menu ini pada Februari 2019, INSHAALLAH.
Walaupun bukan 100% dari yang asal, kami cuba yang terbaik. Hasil galian daripada otai2 masakan dan orang lama- lama, PLB akan tampil lebih banyak lagi menu menu "RARE" untuk pengikut dan supporters PLB
Buntel Udang
Buntel Sotong
Comments
Post a Comment